Kerjaya Perunding Unit Amanah Public Mutual

  • Home
    • Percuma Panduan Asas Unit Amanah
    • Percuma Panduan Asas Perunding Unit Amanah
    • Agent Public Mutual Negeri Johor
    • Skim Persaraan Swasta (Private Retirement Scheme)
    • Ceramah Kewangan dan Pelaburan Bijak
    • Agent Unit Trust Consultant
    • About My Self
  • Pendidikan
    • Kebaikan Unit Amanah
    • Perancangan Kewangan
    • Pelaburan Berasaskan Syariah
    • Cara Buat Pelaburan Unit Amanah
    • Fee Unit Amanah
    • Kenali Skim Cepat Kaya
    • Apa Dia Inflasi
    • Sejarah Unit Amanah
    • Panduan Simpan Untuk Persaraan
  • Blog
    • Economy News and Tips
    • Cute Exam Unit Amanah
    • Skim Pelaburan Kwsp
    • Ingin Buat Pelaburan Unit Amanah
    • Kerjaya Perunding Unit Amanah
  • Testimoni Agen
    • Testimonial JPlatinum Agency Unit Amanah
    • Sembang-Sembang Agen Unit Amanah
    • Nak Jadi Agen Unit Amanah
  • My Agency
    • Agency Members Access
    • Agency Members
    • Group Aktiviti
    • Agency Supports
    • Business Opportunity Preview - Unit Amanah
    • Join To Be Agent
  • Ask Me
    • Soal Jawab Pelaburan Unit Amanah
    • Soal Jawab Kerjaya Perunding Unit Amanah
  • Jom Jadi Agent Public Mutual
  • Contact Us
    • Hubungi Agen Unit Trust Kami
 

Menjadi Agen Unit Trust CWA Yang Berjaya

4/14/2013

5 Comments

 
Picture
ELYNN (kiri) berbincang dengan Akma
PictureTassyaratnasari Perunding CWA Cimb Wealth Advisor
Kuala Lumpur: “Kejayaan tidak dicapai dalam sekelip mata. Di peringkat awal, saya tiada masa untuk makan dan kerap bertukar pakaian di tandas awam semata-mata untuk bertemu dan ‘ambil hati’ pelanggan,” kata jutawan saham amanah dan insurans, Aida Nurlin Hanif, 32, menceritakan kerja kerasnya sebelum berjaya. Cara Nak Jadi Agen CWA Unit Amanah

Ketika itu, dia perlu membahagikan masa antara pelajaran dan kerja kerana masih menuntut dalam jurusan Diploma Sains Aktuari di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menjadikan kakaknya, Nor Akmar, 36, sebagai idola, usaha gadis bertudung ini nyata berbaloi apabila mampu bergelar orang kaya baru ketika masih di universiti.

Masakan tidak, pada usia 21 tahun ketika rakan sebaya masih mengharapkan wang biasiswa dan pinjaman untuk menyara kehidupan di kampus, dia mampu memiliki kereta mewah Porsche Boxster.

Aida Nurlin yang lebih mesra disapa Elynn berkata, prinsip utamanya dalam setiap pekerjaan mesti dibuat sehingga sempurna dan berjaya. Hubungi agen cwa unit trust kami untuk penernagan percuma!

Katanya, dia teruja melihat kekayaan kakaknya lantas yakin mampu memperoleh kejayaan sama jika berusaha bersungguh-sungguh walaupun dibebani komitmen sebagai pelajar.

Menurutnya, kuliahnya bermula jam 10 pagi, namun seawal jam 8 pagi setiap hari dia mengatur janji temu dengan pelanggan tetap atau mencari pelanggan baru.

Selepas janji temu, dia bergegas ke kuliah sebelum mengatur pertemuan lain ketika waktu makan tengah hari bagi membolehkannya mencapai sasaran peribadi.

“Rutin itulah yang dilalui sehingga tamat pengajian. Kadangkala sampai malam pun masih bertemu pelanggan hingga makan tak menentu,” katanya.

Kejayaan menakjubkan Elynn dan Akmar makin dikagumi pelbagai pihak hingga ramai menggelar mereka sebagai ‘millionaire sisters’ (jutawan adik-beradik).

Kini dua beradik kelahiran Ipoh, Perak ini mampu menjalani kehidupan bagaikan selebriti terkenal dunia, memiliki kereta dan banglo mewah serta membeli-belah di kota sehebat Paris, Perancis hasil keringat sendiri. Percuma Panduan Perunding CWA cimb wealth advisor

Mengimbau permulaannya sebagai perunding saham amanah, Akmar berkata, dia dipelawa seorang kenalan rapatnya untuk berkecimpung dalam bidang itu ketika berusia 23 tahun.

“Sebenarnya saya pemilik Ijazah Kejuruteraan Sistem Maklumat dari University of Manchester, Institute of Science and Technology (UMIST).

“Selepas menamatkan pengajian, saya sempat bekerja tiga bulan di sebuah syarikat besar di bidang teknologi maklumat (IT) sebagai pengurus besar.

“Namun, saya tidak puas dan beranggapan bidang amanah saham lebih sesuai dengan jiwa saya. Walaupun usia masih muda dan tidak ramai kenalan, saya yakin boleh melangkah jauh dengan usaha keras,” katanya.

Berkat kegigihannya, dia berjaya membuka agensi sendiri pada usia 25 tahun dan mengurus serta mengendalikan pelaburan hingga meletakkannya sebagai pengurus agensi kumpulan termuda di institusi kewangan terbesar di negara ini.

Malah, dia mampu memperoleh pendapatan lima angka atau sekurang-kurangnya RM10,000 sebulan ketika berumur 26 tahun dan dua tahun kemudian, dia mampu melahirkan 10 Pengurus Agensi Kumpulan (GAMS).

“Rahsia kejayaan ialah mendapat restu orang tua. Ibu banyak memberi semangat manakala ayah, bekas Timbalan Pengarah Pendidikan di Perak serta adik-beradik banyak memberi kekuatan kepada kami berdua,” katanya.

Dua beradik jutawan itu pernah merangkul lebih 250 anugerah, termasuk Ikon Belia Negara oleh Kementerian Belia dan Sukan baru-baru ini, berikutan prestasi cemerlang sebagai perunding saham amanah.

Pencapaian lain termasuk Brand Ambassador, Group Agency Manager Platinum, Top GAM, Master Recruiter, Million Sales Achiever, Million Dollar Round Table dan Anugerah Usahawan Muda Universiti Malaya. Nak jadi agen CWA Unit Amanah hubungi kami disini

Sementara itu, mengenai projek terbaru, Elynn berkata, mereka melancarkan MyMep iaitu singkatan daripada Malaysian Young Millionaire Entrepreneur Project dengan kerjasama KBS dalam usaha membantu melahirkan usahawan muda berjaya dan dinamik dalam tempoh tiga tahun.
Percuma Panduan Agen Unit Amanah Public Mutual
5 Comments
Norsilawati Samasudin
11/30/2013 11:29:14 am

Mohon nasihat dn panduan untuk mnjadi seorg agen unit amanah.Ingin menambah pendaptan sampingan

Reply
shukor
7/3/2014 04:30:07 am

salam

dapatkan panduan perunding unit amanah. sila ke home page dan click pada ebook perunding unit amanah untuk panduan menjadi agen

Reply
syazliwati
10/21/2014 08:51:19 am

Inginkn panduan untuk jd perunding unit trust. Adakah sebrg kursus yg berkaitan diadakan terutamanya utk yg bminat utk mjadi perunding? Jika ada, brape harga yuran, di mn tempat kursus, tarikh dan masa?

Reply
A_D
10/11/2015 02:02:11 pm

Saya berminat. Boleh tolong daftarkan sya .. dan bagaimana caranya. Harap membantu. Tq byk2.

Reply
Admin
10/11/2015 04:24:47 pm

Assalammualaikum

sila hantar maklumat cik di link di bawah untuk berjumpa dengan agen cwa kami

http://www.agenunitamanah.com/hubungi-agen-cwa-unit-trust-kami.html

agen kami akan hubungi cik untuk penerangan lanjut...insyaAllah

Reply



Leave a Reply.




    Picture
    Percuma Panduan Asas Perunding Unit Amanah
                   

    Picture
    Picture

    RSS Feed




         

Follow uson Google+
Home
Ingin Jadi Perunding Unit Amanah

Ingin Melabur Unit Amanah
Percuma Panduan Perunding Unit Amanah
Percuma Panduan Pelaburan Unit Amanah
Testimoni Agen Unit Amanah
Skim Persaraan Swasta (PRS)

Terus Hubungi JPlatinum Agency (Top 10 Agency in Pub.Mutual)

Tanya Soalan terus Agen Public Mutual;



Picture

Nak Jadi Agen Pub Mutual? Click Ebook..

Picture
Minat Nak Melabur Atau Jadi Agen ? Isi Form..
Hantar

PUBLIC MUTUAL SHAH ALAM

Disclaimer/Penafian

Laman web/blog ini bukan laman web/blog mengenai pelaburan tetapi lebih kepada perkongsian kerjaya sebagai Perunding Unit Amanah. Semua maklumat, data, image dan informasi dalam web ini tiada hubung kait dengan mana-mana organisasi. Ia merupakan satu perkongsian Penulis kepada pembaca tentang pengalaman dan pengetahuan Penulis sepanjang berkecimpung dalam kerjaya Perunding Unit Amanah. Pembaca dinasihatkan mendapatkan maklumat berkaitan dengan pihak-pihak tertenu sebelum membuat sebarang keputusan. Penulis juga tidak bertanggungjawab atau menjamin di atas kemungkinan ketidaktepatan info yang ditulis.  Apa yang tercatat bukan satu nasihat untuk anda melabur, membeli atau menjual saham amanah anda.  Disclaimer ini terpakai untuk semua kanduangan dalam semua page dan blog web site ini.  Laman web ini (unitamanah.net) tidak bertanggungjawap di atas semua komen dan pandangan pembaca.