Berminat Dengan Pelaburan Unit Amanah Berasaskan Syariah
Pelaburan berasaskan syariah sangat baik, halal dan berkat. Ia sejajar dengan saranan syariat islam supaya kita sentiasa memastikan pendapatan atau income yang diperolehi dari sumber yang halal dan bebas dari unsur riba.
Merujuk kepada ayat 39 surah Rum, ayat 160-161 surah an-Nisa’, ayat 130 surah ali-‘Imran sehinggalah ayat terakhir yang mengharamkan riba secara mutlak iaitu: Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya. (al-Baqarah: 275)
|
|
Perlu diingatkat bahawa pelaburan unit amanah adalah bersifat jangka sederhana ke panjang. Secara idealnya ia sesuai untuk jangka masa sekurang-kurangnya 3 tahun. Ia selaras matlamat dana unit amanah seperti yang disarankan dalam propektus dana. Sila dapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai pelaburan unit amanah dalam propektus setiap dana-dan unit amanah. Sebagai Perunding Unit Amanah yang sudah berpengalaman selama lebih 6 tahun, sudah tentu pihak kami akan sentiasa memberikan nasihat dan saranan yang terbaik kepada setiap pelaburan anda. Kejayaan pelaburan anda adalah matlamat kami. Walaubagaimanpun setiap keputusan pelaburan adalah terletak kepada setiap pelabur. Jika anda pernah melabur dalam unit amanah dan ingin mendapatkan pandangan tentang pelaburan anda, atau lain-lain soalan sila isi form di sini. Jika anda ingin menjadi perunding unit amanah sila isi form anda di sini.
|
Memantau pelaburan unit amanah bukan seperti membeli dan menjual stock dipasaran saham BSKL.
Memantau pelaburan unit amanah bukan seperti aktiviti broker saham dipasaran saham BSKL. Unit amanah adalah pelaburan jangka panjang yang menjurus kepada matlamat keuntungan jangka panjang (long term gain). Manakala pelaburan di pasaran saham seperti BSKL lebih berisiko dan bersifat jangka pendek dan sangat terdedah kepada spikulasi pasaran. Ia biasanya dipantau sepanjang masa pasaran saham dibuka.
Merujuk kepada pengalaman saya, pemantauan pelaburan unit amanah sewajarnya dipantau dalam masa 4 bulan sekali. Walaupun terdapat perubahan pada harga semasa dana pada setiap hari tetapi ia pada kadar yang sangat kecil. Oleh yang demikian setiap Perunding Unit Amanah boleh memiliki ramai pelabur kerana pelaburannya tidak perlu dipantau pada setiap hari seperti pasaran saham.
|
Kepelbagaian Aset
Kepelbagaian atau divercification ialah salah satu kekuatan dalam sistem pelaburan unit amanah. Kepelbagaian pecahan aset pelaburan dalam satu-satu dana unit amanah akan mengimbangi antara risiko dan pulangan yang baik. read more... |
Jika anda ada sebarang soalan mengenai pelaburan unit amanah atau Kerjaya Perunding Unit Amanah, sila hantar pertanyaan anda di sini. |
Home
Ingin Jadi Perunding Unit Amanah Ingin Melabur Unit Amanah Percuma Panduan Perunding Unit Amanah Percuma Panduan Pelaburan Unit Amanah Testimoni Agen Unit Amanah Skim Persaraan Swasta (PRS) Terus Hubungi JPlatinum Agency (Top 10 Agency in Pub.Mutual) Tanya Soalan terus Agen Public Mutual; Nak Jadi Agen Pub Mutual? Click Ebook.. |
Minat Nak Melabur Atau Jadi Agen ? Isi Form..
|
PUBLIC MUTUAL SHAH ALAM |