Merujuk kepada pengalaman saya pelaburan yang berasaskan syariah boleh memberikan pulangan yang kompitatif setanding dengan pelaburan dalam dana konvensional. Daripada lebih 500 pelanggan saya, hampir 99% berminat dengan dana yang berasaskan syariah. Saya juga memang akan selalu mempromosikan dana dalam pelaburan yang berasaskan syariah. Dana berasaskan syariah mempunyai panel syariah yang dilantik dari pihak luar yang memastikan pelaburan yang dibuat oleh pengurus dana mestilah di dalam aset atau portfolio atau instrument yang patuh syariah. Kebelakang ini memang ramai pelabur yang suka melabur dalam dana-dana unit amanah yang mematuhi syariah (syariah compliant fund). Oleh kerana itu banyak pemain-pemain industri unit amanah seperti pihak bank melancarkan dana-dana patuh syariah kerana mereka menyedari kesedaran orang melayu (islam) terhadap hukum hakam dalam pelaburan. Pihak kerajaan Malaysia juga giat menjadikan Malaysia sebagai hub pelaburan syariah serantau. Malahan ramai juga dikalangan masyarakat bukan islam yang melabur dalam dana yang berasaskan syariah. Rujuk Perunding Publi Mutual kami yg profesional Gambar hiasan
Pada kelazimannya panel
syariah terdiri dari tokoh agama yang mahir dalam bidang muamalat. Mereka merupakan penasihat syariah (Syariah Advisor) kepada mana-mana syarikat yang menjual produk-produk islamic. Apa yang paling utama ialah pilihan kepada bakal pelabur sudah semakin luas untuk sentiasa memilih produk pelaburan yang berasaskan syariah. Maklumat panel syariah akan dinyatakan dalam propektus sesuatu dana unit amanah patuh syariah. Dengan kewujudan panel syariah atau syariah advisor yang tiada kepentingan dengan syarikat pengurusan dana, ia akan menambahkan lagi keyakinan para pelabur untuk terus melabur dalam dana-dana islamik. Sama ada anda melabur dalam dana unit amanah islamik atau konvensional, ia tetap memerlukan pelaburan jangka panjang untuk memberikan pulangan yang baik. Konsep pelaburan kedua-duanya adalah sama kecuali dana islamic mempunyai panel penasihat manakala dana bukan islamic (konvensional) tidak mempunyai panel penasihat syariah. Jika anda hendak memastikan dana unit amanah yang anda laburkan adalah dana patuh syariah, anda boleh merujuk kepada propektus dana tersebut. Terdapat lebih dari 100 dana yang berasaskan syariah yang ditawarkan oleh syarikat unit amanah di Malaysia. Dengan pilihan yang banyak ini, para pelabur yang ingin melabur dalam dana patuh syariah tidak mempunyai sebarang masalah untuk membuat pilihan dan pecahan portfolio dalam pelaburan mereka. |
Jika anda ada sebarang soalan mengenai pelaburan unit amanah atau Kerjaya Perunding Unit Amanah, sila hantar pertanyaan anda di sini. |
Laman web/blog ini bukan laman web/blog mengenai pelaburan tetapi lebih kepada perkongsian kerjaya sebagai Perunding Unit Amanah. Semua maklumat, data, image dan informasi dalam web ini tiada hubung kait dengan mana-mana organisasi. Ia merupakan satu perkongsian Penulis kepada pembaca tentang pengalaman dan pengetahuan Penulis sepanjang berkecimpung dalam kerjaya Perunding Unit Amanah. Pembaca dinasihatkan mendapatkan maklumat berkaitan dengan pihak-pihak tertenu sebelum membuat sebarang keputusan. Penulis juga tidak bertanggungjawab atau menjamin di atas kemungkinan ketidaktepatan info yang ditulis. Apa yang tercatat bukan satu nasihat untuk anda melabur, membeli atau menjual saham amanah anda. Disclaimer ini terpakai untuk semua kanduangan dalam semua page dan blog web site ini. Laman web ini (unitamanah.net) tidak bertanggungjawap di atas semua komen dan pandangan pembaca.
|
Home
Ingin Jadi Perunding Unit Amanah Ingin Melabur Unit Amanah Percuma Panduan Perunding Unit Amanah Percuma Panduan Pelaburan Unit Amanah Testimoni Agen Unit Amanah Skim Persaraan Swasta (PRS) Terus Hubungi JPlatinum Agency (Top 10 Agency in Pub.Mutual) Tanya Soalan terus Agen Public Mutual; Nak Jadi Agen Pub Mutual? Click Ebook.. |
Minat Nak Melabur Atau Jadi Agen ? Isi Form..
|
PUBLIC MUTUAL SHAH ALAM |