Peperiksaan Unit Amanah (CUTE exam)
CUTE atau di kenali dengan computerized Unit Trust exam ialah satu peperiksaan yang dikendalikan oleh FIMM (Ferderation of Investment Managers Malaysia) kepada semua bakal Perunding Unit Amanah. Bayaran tertentu akan dikenakan. Lokasi exam biasanya diadakan di bandar-bandar utama seluruh Malaysia.
Merujuk kepada pengalaman saya ia terdiri dari 60 soalan yang mengandungi soalan teori dan pengiraan mengenai pelaburan unit amanah, undang-undang, peraturan dan sebagainya. Kaedah menjawab soalan ialah menggunakan sistem komputer dan mempunyai pilihan jawapan (A-D). Semua jenis soalan adalah tertakluk kepada pihak FIMM. Anda boleh menjawab dalam bahasa melayu, BI atau mandrin. Nota rujukan akan diberikan dalam bahasa yang anda rasa sesuai (BM.BI,Mandrin). Tetapi saya lebih suka membaca dalam BI dan menjawab soalan dalam BI, terpulang kepada anda. Antara subjek yang akan di soal ialah ; Bab 1 - Memahami Unit Amanah Bab 2 - Peraturan Industri Unit Amanah Bab 3 - Khidmat Pelanggan dan Pemasaran Unit Amanah Bab 4 - Kod Etika Industri dan Piawaian Etika Profesional Bab 5- Perancangan Kewangan Peribadi Bab 6 - Operasi Skim Unit Amanah berasaskan Syariah Bab 7 - Glosari Keputusan peperiksaan akan diketahui selepas sebaik sahaja anda tamat menduduki exam dalam tempoh 2 jam. Walaubagaimana pun keputusan akhir adalah tertakluk kepada kelulusan pihak FIMM. Pihak FIMM yang akan mengeluarkan lesen perunding unit amanah kepada anda. Hanya terdapat dua keputusan sahaja iaitu Lulus atau Gagal. Jika gagal anda boleh mengambilnya semula dengan bayaran tertentu.
|
Jika anda ada sebarang soalan mengenai pelaburan unit amanah atau Kerjaya Perunding Unit Amanah, sila hantar pertanyaan anda di sini. |
Laman web/blog ini bukan laman web/blog mengenai pelaburan tetapi lebih kepada perkongsian kerjaya sebagai Perunding Unit Amanah. Semua maklumat, data, image dan informasi dalam web ini tiada hubung kait dengan mana-mana organisasi. Ia merupakan satu perkongsian Penulis kepada pembaca tentang pengalaman dan pengetahuan Penulis sepanjang berkecimpung dalam kerjaya Perunding Unit Amanah. Pembaca dinasihatkan mendapatkan maklumat berkaitan dengan pihak-pihak tertenu sebelum membuat sebarang keputusan. Penulis juga tidak bertanggungjawab atau menjamin di atas kemungkinan ketidaktepatan info yang ditulis. Apa yang tercatat bukan satu nasihat untuk anda melabur, membeli atau menjual saham amanah anda. Disclaimer ini terpakai untuk semua kanduangan dalam semua page dan blog web site ini. Laman web ini (unitamanah.net) tidak bertanggungjawap di atas semua komen dan pandangan pembaca.
|
Home
Ingin Jadi Perunding Unit Amanah Ingin Melabur Unit Amanah Percuma Panduan Perunding Unit Amanah Percuma Panduan Pelaburan Unit Amanah Testimoni Agen Unit Amanah Skim Persaraan Swasta (PRS) Terus Hubungi JPlatinum Agency (Top 10 Agency in Pub.Mutual) Tanya Soalan terus Agen Public Mutual; Nak Jadi Agen Pub Mutual? Click Ebook.. |
Minat Nak Melabur Atau Jadi Agen ? Isi Form..
|
PUBLIC MUTUAL SHAH ALAM |