Perancangan Kewangan Sepanjang Hidup
Perancangan kewangan adalah salah
satu ilmu yang sangat mustahak untuk setiap orang. Setiap apa yang diperlukan untuk kita tiada yang percuma dan semuanya memerlukan duit atau kewangan yang sihat. Tanpa kewangan yang sihat kita tidak akan mampu mencapai apa-apa impian dalam hidup seperti mana yang dikecapi oleh mereka yang berada atau berkemampuan. Setiap kehidupan kita sudah tidak dapat dipisahkan dengan keperluan kewangan. Senang kata segala-galanya memerlukan duit. Sebaik sahaja kita dilahirkan di dunia ia sudah melibatkan kos yang banyak sehinggalah keakhir hayat juag kita memerlukan kos untuk pengurusannya. Terdapat 4 peringkat besar dalam fasa kehidupan kita sehingga kita meninggal dunia. Rujuk kepada agen public mutual kami ! Accumulation Proses di mana kita mengumpulkan harta melalui pekerjaan setiap bulan. Dapat duit dan kemudian dibelanjakan setiap bulan untuk keperluan. Membeli keperluan asas seperti kenderaan, rumah dan sebagainya Protection Proses di mana kita mengambil insuran keselamatan pada diri, keluarga dan harta benda yang lain. Preservation/Investment Apabila kewangan kita semakin sihat atau stabil, kita akan mula melakukan pelaburan lain seperti membeli hartanah, pelaburan saham dan sebagainya. Distribution Fasa ini adalah fasa terakhir dalam kehidupan anda, di mana kita merancanga pengagihan harta benda kita selepas kita meninggal dunia kelak. Proses ini di pangil will writing atau penulisan wasiat. Langkah Perancangan Pelaburan
Langkah Pertama - Menetapkan matlamat pelaburan Sebelum anda melabur di mana-mana instrumen pelaburan, adalah lebih baik kita menetapkan matlamat atau objektif pelaburan tersebut. Sebagai contoh adalah ia bertujuan untuk pendidikan, persaraan, perniagaan. Kemudian kita boleh menentukan jangka tempoh pelaburan tersebut, adakah ia untuk jangka pendek atau jangka panjang. Langkah kedua - Menentukan Polisi atau portfolio pelaburan Langkah ini sangat penting dan memerlukan sedikit analisa dan kajian tentang produk pelaburan mana yang boleh mencapai matlamat pelaburan pada langkah pertama. Ia boleh terbahagi kepada banyak aset seperti pelaburan dibursa saham atau unit amanah (equity), pasaran kewangan, simpanan tetap, plan insuran dan sebagainya. Langkah ketiga - Pengukuran hasil pelaburan Setelah melabur pada tempoh masa tertentu, kita mesti melihat hasil dan unjuran pendapatan pelaburan yang sudah dibuat. Adakah ia boleh mencapai objektif yang sudah ditetapkan. Langkah keempat - Mengkaji objektif pelaburan Sekiranya perjalanan pelaburan yang sedang dibuat nampak tempang dan tersasar, kita perlu mengkaji dan melakukan analisa. Jika perlu kita rombak polisi/aset pelaburan kita agar ia lebih sesuai dengan keadaan semasa. Membuat pelaburan merupakan satu cabaran dan ia memang memerlukan pengalaman. Kita mungkin melakukan kesilapan pada peringkat awal, tapi kita masih boleh mengubahnya dan belajar dari kesilapan tersebut. |
|
Jika anda ada sebarang soalan mengenai pelaburan unit amanah atau Kerjaya Perunding Unit Amanah, sila hantar pertanyaan anda di sini. |
Home
Ingin Jadi Perunding Unit Amanah Ingin Melabur Unit Amanah Percuma Panduan Perunding Unit Amanah Percuma Panduan Pelaburan Unit Amanah Testimoni Agen Unit Amanah Skim Persaraan Swasta (PRS) Terus Hubungi JPlatinum Agency (Top 10 Agency in Pub.Mutual) Tanya Soalan terus Agen Public Mutual; Nak Jadi Agen Pub Mutual? Click Ebook.. |
Minat Nak Melabur Atau Jadi Agen ? Isi Form..
|
PUBLIC MUTUAL SHAH ALAM |