Bagaimana Aku Jatuh Cinta Dengan Kerjaya Perunding Unit Amanah Public MutualSaya bertemu dengan kerjaya agen unit amanah public mutual nisecara kebetulan saja semasa saya sedang merayau-rayau di sebuah Hypermarket pada sekitar 2005. Saya terserempak dengan satu group agen Public Mutual yang sedang buat road show.
Salah seorang daripada mereka approach saya dan mengesa saya melabur dalam Public Mutual dengan minima RM1000. Malangnya pada masa itu saya hanya pekerja kilang biasa dan memang pokai. Kalau nak mulakan melabur RM500 pun saya tak mampu. Tapi saya tidak menolak agen tersebut kerana saya nampak produk pelaburannya agak menarik terutama produk dana islamic, masa agen tersebut rekomen saya melabur dalam dana Pittikal. Tanpa banyak lengah saya terus mengkaji siapa dia Public Mutual di internet (Cyber cafe). Masa itu baru saya tahu Public Mutual ialah anak syarikat Public Bank. Keyakinan saya bertambah sebab ia adalah syarikat yang benar-benar kukuh dan wujud. Saya juga rasa tertarik kerana ia banyak menawarkan produk-produk unit amanah islamik. Kemudian saya hantar particular saya secara online dengan harapan ada orang yang akan call saya. Hubungi agen public mutual kami sekarang. Pada hari yang sama oktober 2005, saya bertemu dengan seorang agen Steveng Hong dan dia kemudian merekrut saya sebagai UTC. Semasa itu dia hanya supervisor sahaja, tapi kini dia seorang UTC-GAM di Public Mutual. Saya memang berminat nak jadi agen unit amanah Public Mutual, malangnya nak kena bayar RM247.50 pada masa tur. Masalahnya saya tak ada duit sebanyak tur, dalam masa hampir 2 bulan baru saya dapat extra duit untuk bayar fee tersebut untuk exam unit amanah. Upline saya tak followup saya sebaliknay saya yang call dia cakap saya dah ada duit untuk bayar fee exam...al maklumlah anak dah 2 orang masa tur., hidup pun tercungah-cungap macam angsa tertelan ikan puyu. Saya pun bertekad untuk lulus exam, sambil-sambil bekerja saya baca nota exam unit amanah. Allhamdulillah saya lulus dengan sekali exam sahaja. Tapi nak masa nak exam tur pun ada cabaranya, dalam perjalanan nak ke exam tayar motor saya pancit. Saya tidak ada pilihan saya terus push juga yang penting saya sampai ke bilik exam, nasib baik brother tur kasi saya masuk walaupun dah lewat 20 minit. Lepas saya lulus exam saya pun menjerit arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh..sbb rasa mmg puas hati. Sertai Perunding dengan Kami.. Sebenarnya saya pernah buat business markerting (MLM) sebelum ni, tapi saya gagal dan hanya sekerat jalan saja. Ada yang disbbkan kelemahan saya dan ada juga disbbkan kompany MLM tersebut bungkus separuh jalan. Tapi saya masih yakin business markerting adalah pilihan terbaik untuk berjaya sbb hanya perlukan modal yang kecil dan risiko yang rendah.
Walaupun menjadi agen unit amanah Public Mutual adalah sama dengan kerja MLM (markerting) tapi ia ada banyak perbezaannya, kita tiada stock yang perlu dijual atau disimpan, hanya bawa paper saja untuk berjumpa prospek. Oleh itu kita tidak perlukan banyak modal untuk membeli stock dan tak banyak kerenah untuk maintain. Ikuti kisah saya seterusnya... Panduan Kejayaan Agen Unit Amanah
Kuala Lumpur: “Kejayaan tidak dicapai dalam sekelip mata. Di peringkat awal, saya tiada masa untuk makan dan kerap bertukar pakaian di tandas awam semata-mata untuk bertemu dan ‘ambil hati’ pelanggan,” kata jutawan saham amanah dan insurans, Aida Nurlin Hanif, 32, menceritakan kerja kerasnya sebelum berjaya.
Ketika itu, dia perlu membahagikan masa antara pelajaran dan kerja kerana masih menuntut dalam jurusan Diploma Sains Aktuari di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Menjadikan kakaknya, Nor Akmar, 36, sebagai idola, usaha gadis bertudung ini nyata berbaloi apabila mampu bergelar orang kaya baru ketika masih di universiti. Nak berpeluang jadi macam mereka, sila hubungi Perunding Unit Trust Public Mutual Kami. Masakan tidak, pada usia 21 tahun ketika rakan sebaya masih mengharapkan wang biasiswa dan pinjaman untuk menyara kehidupan di kampus, dia mampu memiliki kereta mewah Porsche Boxster. Aida Nurlin yang lebih mesra disapa Elynn berkata, prinsip utamanya dalam setiap pekerjaan mesti dibuat sehingga sempurna dan berjaya. Katanya, dia teruja melihat kekayaan kakaknya lantas yakin mampu memperoleh kejayaan sama jika berusaha bersungguh-sungguh walaupun dibebani komitmen sebagai pelajar. Menurutnya, kuliahnya bermula jam 10 pagi, namun seawal jam 8 pagi setiap hari dia mengatur janji temu dengan pelanggan tetap atau mencari pelanggan baru. Selepas janji temu, dia bergegas ke kuliah sebelum mengatur pertemuan lain ketika waktu makan tengah hari bagi membolehkannya mencapai sasaran peribadi. “Rutin itulah yang dilalui sehingga tamat pengajian. Kadangkala sampai malam pun masih bertemu pelanggan hingga makan tak menentu,” katanya. Kejayaan menakjubkan Elynn dan Akmar makin dikagumi pelbagai pihak hingga ramai menggelar mereka sebagai ‘millionaire sisters’ (jutawan adik-beradik). Read More untuk baca seterusnya. ... Hubungi Perunding Unit Trust kami untuk jadi agen unit amanah.. Peluang pasaran yang besar sebagai Agen Unit AmanahPeluang kejayaan sebagai agen unit
amanah sangat besar kerana pasarannya masih luas. Simpanan kwsp pada tahun 2011 ialah melebihi 400 billion. Ia belum termasuk dengan simpanan fixed deposit, simpanan di akaun bank, Lembaga Tabung Haji dan simpanan di ASB yang melebihi 110 billion. Salah satu faktor kejayaan dalam apa-apa busienss ialah sumber pasaran yang luas. Semakin luas sumber pasarannya maka semakin luas potensi untuk kita berjaya. Langkah pihak kwsp membenarkan pencarum melabur ke dalam pelaburan unit amanah telah membuka banyak peluang kepada agen-agen unit amanah Public Mutual. Ini kerana pasaran pencarum kwsp teramat luas dan sentiasa berkembang. Setiap dari dari orang yang bekerja di syarikat swasta dan setiap dari mereka ada akaun kwsp, oleh itu setiap dari mereka yang bekerja adalah prospek pelabur anda. Jika anda nak melabur ke dalam unit amanah Public Mutual, boleh jumpa dengan agen kami ! Rakyat Malaysia adalah antara rakyat yang paling suka menyimpan dikalangan rakyat di negara di Asia. Simpanan di akaun-akaun bank rakyat Malaysia sangat besar berjumlah ratusan billion dan sentiasa berkembang. Oleh itu prospek pelabur agen unit amanah bertambah luas kerana mereka hanya perlu switch dari simpanan kepada pelaburan unit amanah sahaja. Dengan jumlah pelaburan minima unit amanah hanya sekitar RM500-RM1000 sudah tentu ramai yang boleh memulakan pelaburan unit amanah. Ini semua belum dikira jumlah simpanan di lembaga tabung haji dan ASB (Amanah Saham Bumiputera). Jumlahnya sangat besar dan terus berkembang. Walaupun simpanan di ASB dan Lembaga Tabung Haji adalah satu bentuk pelaburan yang selamat dan baik, tapi mereka boleh melakukan diversifikasi/pecahan kepada pelaburan unit amanah untuk memberikan kesimbangan portfolio kepada pelaburan mereka. Peluang Agen Unit Trust Di Malaysia
Statistik jelas menunjukkan di mana rakyat di negara maju amat memberi perhatian kepada pelaburan unit amanah berbanding dengan negara sedang membangun. Oleh yang demikian ia jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia masih belum ramai yang menyertai
pelaburan unit amanah. Semenjak 15 tahun kebelakang ini, banyak produk unit amanah yang sudah dilancarkan oleh pihak bank-bank tempatan yang terdiri dari unit amanah konvensional dan islamic. Peluang pelaburan kini sudah terbuka luas kepada sesiapa saja untuk melabur. Untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada prospek pelabur pihak FIMM (Ferderation Investment Manager Malaysia) telah diwujudkan untuk mengawal selia perjalanan indutri unit amanah. Di samping organisasi FIMM yang sentiasa memantau perjalannnya demi kebaikan pelabur dan agen unit amanah, pihak lain seperti SC (Security Commisioner) juga sentiasa mengawal selia demi kebaikan dan keselamatan kesemua pihak. Dapatkan penerangan percuma dengan Perunding Public Mutual Profesional Kami Minat rakyat malaysia melabur dalam unit amanh sentiasa berkembang dari semasa ke semasa. Sehingga kini dianggarkan lebih dari 1 juta akaun unit amanah swasta telah menjadi pelabur di unit amanah. Dengan sokongan, undang-undang dan dorongan dari pihak kerajaan, industri unit amanh terus berkembang dengan pesat. Dengan ini peluang kepada agen-agen unit amanah sangat besar dan terus luas kerana ia sentiasa "on demand" daripada rakyat Malaysia. Stastistik Unit Trust Dalam Malaysia
Terdapat lebih dari 15 juta pemegang akaun unit amanah di Malaysia yang terdiri dari unit amanah swasta (tidak termasuk dana-dana PNB seperti ASB). Manakala terdapat 589 dana unit amanah yang sudah dilancarkan setakat bulan Ogos 2011. Jumlah NAV (Net aset value) semua dana unit amanah tersebut menceah RM241 billion. Jumlah NAV ini akan terus berkembang sejajar dengan pendedahan yang semakin luas kepada orang ramai mengenai kebaikkan melabur di unit amanah. Melalui pelaburan skim kwsp, lebih banyak peluang pelaburan yang boleh disertai oleh orang ramai tanpa perlu melabur secara tunai. Sambutan kepada dana-dana syariah juga semakin mendapat sambutan yang amat baik. Hampir 2 juta pemegang akaun dana unit amanah melabur dalam dana patuh syariah (syariah compliant fund). Panel penasihat syariah (pihak ketiga) akan memantau pelaburan dana syariah supaya ia sentiasa melabur dipasaran atau syarikat yang hanya mematuhi kehendak syariah.
Cara Jadi Agen Unit Amanah
Cara nak jadi agent atau perunding unit amanah tidaklah sesukar yang anda fikirkan. Sesiapa sahaja rakyat malaysia yang memenuhi syarat tertentu boleh menjadi Perunding Unit Amanah Public Mutual asalkan mereka berumur 21 tahun dan berjaya dalam exam unit amanah (CUTE). Kelayakan minima akademik ialah SPM. Panduan dan latihan untuk menduduki exam akan diberikan kepada anda. Peluang pasaran yang luar terutama pasaran dari skim kwsp dan PRS (private retirement scheme) membolehkan anda berjaya dengan lebih cepat. Dapatkan Agen Public Mutual sekarang, dan tanyer mereka apa sajer.
Perkara pokok ialah anda sabar, tekun dan terus konsisten melakukan jualan dan menghadiri latihan dari upline atau pihak syarikat. Kejayaan sentiasa terbuka luas kepada anda dengan syarat anda bermotivasi untuk berjaya. Lihat sahaja bagaimana ramai dari perunding unit amanah yang sudah berjaya sebenarnya bermula dari zero dan tiada apa-apa pengalaman. Mereka belajar dan terus belajar dan terus mencuba melakukan jualan, akhirnya mereka kini sudah menjadi antara jutawan di Malaysia. Saya GAM (Group Agency manager) Public Mutual berpengalaman selama 10 tahun sedia membantu anda dalam pelaburan unit amanah public mutual atau jika anda hendak menjadi Agent Unit Trust Public Mutual |
|
Home
Ingin Jadi Perunding Unit Amanah Ingin Melabur Unit Amanah Percuma Panduan Perunding Unit Amanah Percuma Panduan Pelaburan Unit Amanah Testimoni Agen Unit Amanah Skim Persaraan Swasta (PRS) Terus Hubungi JPlatinum Agency (Top 10 Agency in Pub.Mutual) Tanya Soalan terus Agen Public Mutual; Nak Jadi Agen Pub Mutual? Click Ebook.. |
Minat Nak Melabur Atau Jadi Agen ? Isi Form..
|
PUBLIC MUTUAL SHAH ALAM |