Cara Buat Pelaburan Unit Amanah
Cara memulakan pelaburan unit amanah sangat mudah dan ia bergantung kepada dana-dana yang anda hendak melabur. Secara umumnya anda boleh menggunakan pelaburan secara tunai atau menggunakan melalui skim kwsp. Pada kebanyakkan dana ia boleh dilabur dengan permulaan RM1000. Anda boleh menambah pelaburan tersebut pada bila-bila masa (untuk pelaburan tunai) dengan minima RM100, manakala melalui skim kwsp ia boleh dilaburkan ke dalam unit amanah setiap 3 bulan dengan minima RM1000 dengan mematuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak kwsp. > Jika anda berminat nak jadi agen unit amanah Public Mutual, sila dapatkan panduan Percuma Perunding Unit Amanah Public Mutual Kelayakan dan syarat melabur melalui skim kwsp adalah tertakluk kepada pihak KWSP. Hanya dana-dana tertentu sahaja yang dibenarkan oleh pihak kwsp untuk melabur. Sila rujuk laman web kwsp untuk maklumat lanjut. Untuk pelaburan tunai, anda hanya memerlukan salinan kad pengenalan dan borang pelaburan sahaja. Borang pelaburan, salinan kad pengenalan dan duit hendaklah dihantar di mana-mana cawangan Public Bank (untuk unit amanah Public Mutual). Memberikan duit tunai kepada sesiapa sahaja sekalipun agen unit amanah adalah tidak digalakkan. Semua dana-dana yang dijual oleh institusi kewangan akan disertakan dengan propektus dana. Sebagai bakal pelabur anda sewajarnya mendapatkan naskah propektus dari perunding kewangan anda yang berlesen atau dapatkan terus dari syarikat yang menjual unit amanah tersebut. Propektus dana akan menyatakan semua perkara berkaitan dana tersebut sebagai rujukan kepada anda sebelum membuat keputusan untuk melabur.
Anda dinasihatkan supaya tidak melabur dengan mana-mana pihak yang tidak dilesenkan oleh pihak berkuasa untuk mengelakkan masalah dikemudian hari. Sila dapatkan Panduan Percuma Pelaburan Unit Amanah. Semakin Ramai Sertai Pelaburan Unit Amanah Melalui Skim KWSP
Kenapa semakin ramai yang menyertai skim pelaburan unit amanah melalui skim kwsp ? Jawapannya mudah saja, kerana mereka ingin mendapatkan pulangan yang lebih kompitatif ketika mereka bersara. Pelaburan unit amanah public mutual yang bersifat jangka panjang boleh memberikan pulangan yang baik kerana ia memberikan pelaburan yang 'diversification' meliputi pelbagai aset dan diuruskan oleh mereka yang profesional. |
|
Jika anda ada sebarang soalan mengenai pelaburan unit amanah atau Kerjaya Perunding Unit Amanah, sila hantar pertanyaan anda di sini. |
Home
Ingin Jadi Perunding Unit Amanah Ingin Melabur Unit Amanah Percuma Panduan Perunding Unit Amanah Percuma Panduan Pelaburan Unit Amanah Testimoni Agen Unit Amanah Skim Persaraan Swasta (PRS) Terus Hubungi JPlatinum Agency (Top 10 Agency in Pub.Mutual) Tanya Soalan terus Agen Public Mutual; Nak Jadi Agen Pub Mutual? Click Ebook.. |
Minat Nak Melabur Atau Jadi Agen ? Isi Form..
|
PUBLIC MUTUAL SHAH ALAM |