Kerjaya Perunding Unit Amanah Public Mutual

  • Home
    • Percuma Panduan Asas Unit Amanah
    • Percuma Panduan Asas Perunding Unit Amanah
    • Agent Public Mutual Negeri Johor
    • Skim Persaraan Swasta (Private Retirement Scheme)
    • Ceramah Kewangan dan Pelaburan Bijak
    • Agent Unit Trust Consultant
    • About My Self
  • Pendidikan
    • Kebaikan Unit Amanah
    • Perancangan Kewangan
    • Pelaburan Berasaskan Syariah
    • Cara Buat Pelaburan Unit Amanah
    • Fee Unit Amanah
    • Kenali Skim Cepat Kaya
    • Apa Dia Inflasi
    • Sejarah Unit Amanah
    • Panduan Simpan Untuk Persaraan
  • Blog
    • Economy News and Tips
    • Cute Exam Unit Amanah
    • Skim Pelaburan Kwsp
    • Ingin Buat Pelaburan Unit Amanah
    • Kerjaya Perunding Unit Amanah
  • Testimoni Agen
    • Testimonial JPlatinum Agency Unit Amanah
    • Sembang-Sembang Agen Unit Amanah
    • Nak Jadi Agen Unit Amanah
  • My Agency
    • Agency Members Access
    • Agency Members
    • Group Aktiviti
    • Agency Supports
    • Business Opportunity Preview - Unit Amanah
    • Join To Be Agent
  • Ask Me
    • Soal Jawab Pelaburan Unit Amanah
    • Soal Jawab Kerjaya Perunding Unit Amanah
  • Jom Jadi Agent Public Mutual
  • Contact Us
    • Hubungi Agen Unit Trust Kami
 

Azizah Saad..dulu seorang pencuci rambut

4/5/2011

0 Comments

 
Picture
    SEBAHAGIAN daripada kita mungkin
   pernah dilanda
rasa bosan dengan
   pekerjaan yang dilakukan.


   Berpuluh tahun melakukan rutin sama
  sehingga
kadangkala bagaikan
  ‘mengheret’ kaki ke pejabat

   setiap pagi.

Terikat dengan pelbagai komitmen, keinginan untuk berubah kerjaya kerap terbantut apatah lagi apabila gagal mencari kerjaya lain yang sesuai. Begitupun, bak kata Pengurus Agensi Kumpulan (GAM) Public Mutual, Azizah Saad, 39, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Setiap perubahan yang ingin dilakukan pasti ada risiko, terpulang kepada kemahuan dan keazaman untuk menjayakannya. Anda boleh hubungi agen public mutual kami untuk menyertai kerjay aagent public mutual.

Ini juga adalah antara kunci kejayaan ibu tunggal kepada tiga cahaya mata, Sharifah Aisyah Akmal Syed Ahmad Akmal, 14, Syed Aiman Akmal, 12, dan Syed Aniq Akmal, sehingga meraih gelaran sebagai perunding unit amanah nombor satu bagi bumiputera dan ke dua terbaik bagi keseluruhan di Public Mutual. Ikuti temu bual bersama wartawan, Siti Zaleha Jorimai dan jurugambar, Halim Khalid bersama wanita cemerlang ini.

Keluarga: Apakah sebenarnya unit amanah?

Azizah: Unit amanah ialah skim pelaburan kolektif yang diurus secara profesional dengan mengumpulkan wang seorang individu dan ribuan pelabur lain. Pengurus pelaburan yang pakar kemudian akan melaburkan wang tersebut bagi pihak pelanggan untuk mencapai sasaran yang ditetapkan mengikut matlamat pelaburan dana tersebut

Apa pula peranan perunding unit amanah (UTC) seperti anda?

Secara profesionalnya, kami bolehlah dikatakan perunding perancang kewangan. Kami membantu individu merancang simpanan mereka dalam tempoh sederhana (tiga tahun) dan jangka panjang (lebih lima tahun).
Setiap orang mempunyai matlamat berbeza. Di sinilah peranan kami bermula, dengan memberi pelan perancangan simpanan yang bersesuaian dengan individu tersebut.
Kami sekadar memberi panduan. Pilihan dan bentuk simpanan masih terpulang kepada individu berkenaan. Memanglah pelaburan yang dibuat ada turun naik mengikut harga pasaran, tetapi risikonya amatlah rendah dan kita boleh mengendalikan risikonya dengan baik
UTC yang komited dan terlatih akan membantu pelanggan mencapai matlamat pelaburan tersebut.  Cubalah hubungi agen public mutual kami untuk menyertai kerjaya agent public mutual.


Mungkin anda ada panduan dalam memilih unit amanah yang terbaik?

Pertamanya, individu tersebut perlu memahami objektif simpanan tersebut sama ada untuk pendidikan, pembelian harta, simpanan untuk hari tua dan sebagainya. Seterusnya, mereka mesti bijak mencari syarikat pengendali unit amanah yang konsisten dalam memberi pulangan dan keuntungan.
Komitmen seorang UTC juga penting bagi individu tersebut mendapat khidmat nasihat yang terbaik terhadap pelaburan mereka.

_Bagaimana mahu dari segi membina kerjaya sebagai UTC berjaya?

Kerjaya ini menjanjikan pendapatan mengikut seberapa banyak anda mahu. Apa yang penting kesungguhan dan kesanggupan untuk berkerja keras kerana kerjaya ini adalah perniagaan anda dengan modal serendah RM247.50 (yuran peperiksaan Persekutuan Pengurusan Unit Amanah Malaysia sebagai lesen menjadi UTC).
Dalam pada masa sama, pastikan syarikat yang disertai mempunyai catatan rekod yang cemerlang dan konsisten dalam memberi keuntungan kepada perunding dan pelabur.
Bagi saya ada tiga kunci utama untuk berjaya dalam bidang ini iaitu komitmen, boleh menerima tunjuk ajar dan keinginan atau kemahuan yang tinggi. Dengan ketiga-tiga ciri ini sesiapa pun boleh buat tidak kira lepasan universiti atau lulus sekadar lulus Sijil Pelajaran Malaysia (kelayakan minimum).


Boleh ceritakan perjalanan anda dalam mencapai kejayaan seperti sekarang?

Selepas tamat kursus kesetiausahan di Institut Teknologi Mara (sekarang UiTM) pada 1989 saya sempat bekerja sebagai setiausaha di bank. Sekian lama bekerja di situ, saya sedar kerja makan gaji tidak membawa saya ke mana-mana.
Saya kuat percaya untuk kaya hanya dengan berniaga. Dalam Islam sendiri menyebut sembilan daripada 10 rezeki melalui perniagaan.
Sebenarnya, dari zaman sekolah lagi saya sudah pandai cari duit sendiri. Saya bekerja di restoran dengan umpah RM4. Keluarga saya orang susah, bapa kerja nelayan dan emak pula suri rumah. Abang dan kakak saya tidak berpeluang bersekolah tinggi semata-mata untuk memberi laluan kepada adik-adiknya mendapat pendidikan yang lebih baik.
Ketika ditawarkan masuk ITM, berdikit-dikit ayah kumpul duit untuk bayar yuran dengan dibantu abang. Masa di kolej juga saya cuba cari duit sendiri. Saya ‘ambil upah' mencuci rambut kawan-kawan, dapat 50 sen seorang, lepaslah duit makan. Saya pernah juga beli nasi lemak di luar kemudian saya jual balik pada kawan-kawan di kolej dengan mengambil untung sedikit.


Walaupun apa yang saya lakukan nampak kecil, sebenarnya ia memberi pengalaman dan pengajaran berguna pada saya terutama dalam memahami dunia perniagaan.
Sebelum menyertai unit amanah, segala bentuk perniagaan saya buat daripada jualan langsung hingga kepada menjadi agen insurans. Ketika itu walaupun tidak mempunyai ramai kenalan di Kuala Lumpur, saya beranikan diri menegur dan menghubungi sesiapa saja yang berpotensi menjadi pelanggan saya. Cubaan menjadi agen insurans berhasil sehingga meraih pendapatan sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan. Ketika itu saya mengambil keputusan berhenti kerja tetap kerana tidak mampu mengimbangi dua pekerjaan sekali gus.
Ketika situasi insurans kurang memberangsangkan disebabkan kejatuhan ekonomi pada 1998, pendapatan saya merosot sehingga ke RM1,500. Saya nanik, tetapi bernasib baik mendapat peluang menjadi UTC selepas diperkenalkan oleh seorang rakan.


Apakah cabaran yang dihadapi selepas menyertai unit amanah?

Saya menyertai bidang ini dengan pengetahuan yang kosong dan tak tahu apa yang saya jual. Namun, saya punya keinginan yang kuat dan berusaha mendalami setiap aspek perniagaan ini.

Selepas melalui saat jatuh bangun, Alhamdulillah, berkat kerja keras dan kesungguhan akhirnya berhasil. Pada tahun lepas saja jualan kumpulan saya mencecah RM122 juta. Saya mempunyai seramai 200 UTC dan seorang GAM terus di bawah saya.
Saya menyimpan cita-cita untuk menghasilkan 50 GAM dalam tempoh 10 tahun lagi. Saya yakin ia mampu dicapai jika ada kesungguhan dan keazaman.


Apa resipi kejayaan anda sehingga ke tahap sekarang?

Sebagai UTC , pertama sekali sanggup berhadapan dan menerima risiko ditolak. Saya selalu ingatkan kepada anak-anak didik saya bahawa penolakan bukanlah sesuatu yang peribadi sehingga boleh menyebabkan kita jatuh. Sebaliknya, dijadikan pendorong untuk terus berusaha.

Keduanya, saya memilih orang yang tepat untuk saya rekrut. Memilih orang yang tepat tidak bermakna yang berpendidikan tinggi saja sebaliknya, mereka yang menunjukkan kesanggupan untuk berusaha. Kalau diletakkan sasaran dia akan memastikan sasaran itu dapat dicapai. Sebagai ketua yang baik saya juga perlu bijak untuk memberi motivasi kepada orang di bawah saya untuk terus bersemangat.  Cubalah hubungi agen public mutual kami GAM Nor Lela Khalidah

Tanya saya Sebarang Soalan
Jom sertai kami sebagai Perunding Unit Amanah dan dapatkan
Panduan Percuma Perunding unit Amanah
Kalau Nak melabur boleh hubungi saya di sini dan anda
juga boleh dapatkan Panduan Percuma pelaburan Unit Amanah.
Percuma Panduan Agen Unit Amanah Public Mutual
0 Comments



Leave a Reply.




    Picture
    Percuma Panduan Asas Perunding Unit Amanah
                   

    Picture
    Picture

    RSS Feed




         

Follow uson Google+
Home
Ingin Jadi Perunding Unit Amanah

Ingin Melabur Unit Amanah
Percuma Panduan Perunding Unit Amanah
Percuma Panduan Pelaburan Unit Amanah
Testimoni Agen Unit Amanah
Skim Persaraan Swasta (PRS)

Terus Hubungi JPlatinum Agency (Top 10 Agency in Pub.Mutual)

Tanya Soalan terus Agen Public Mutual;



Picture

Nak Jadi Agen Pub Mutual? Click Ebook..

Picture
Minat Nak Melabur Atau Jadi Agen ? Isi Form..
Hantar

PUBLIC MUTUAL SHAH ALAM

Disclaimer/Penafian

Laman web/blog ini bukan laman web/blog mengenai pelaburan tetapi lebih kepada perkongsian kerjaya sebagai Perunding Unit Amanah. Semua maklumat, data, image dan informasi dalam web ini tiada hubung kait dengan mana-mana organisasi. Ia merupakan satu perkongsian Penulis kepada pembaca tentang pengalaman dan pengetahuan Penulis sepanjang berkecimpung dalam kerjaya Perunding Unit Amanah. Pembaca dinasihatkan mendapatkan maklumat berkaitan dengan pihak-pihak tertenu sebelum membuat sebarang keputusan. Penulis juga tidak bertanggungjawab atau menjamin di atas kemungkinan ketidaktepatan info yang ditulis.  Apa yang tercatat bukan satu nasihat untuk anda melabur, membeli atau menjual saham amanah anda.  Disclaimer ini terpakai untuk semua kanduangan dalam semua page dan blog web site ini.  Laman web ini (unitamanah.net) tidak bertanggungjawap di atas semua komen dan pandangan pembaca.