Salah satu aktiviti Black Bull Agency members ialah menjadi blogger. Sebagai seorang blogger anda boleh berkomunikasi dengan ramai prospek atau sesiapa sahaja tanpa mengira masa dan tempat. Dengan lain perkataan 24/7 services. Setiap ahli BBA sewajarnya mempunyai satu blog mengenai kerjaya perunding unit amanah atau pun apa-apa saja tajuk blog yang anda suka seperti isu-isu semasa, hobi anda dan sebagainya. Dengan cara ini akan akan dapat prospek secara tidak langsung tanpa perlu berjumpa dengan mereka secara fizikal. Dengan wujudnya FB dan macam-macam komunikasi sosial di alam maya, adalah perlu setiap agen unit amanah mempunyai kemahiran dalam menguruskan blog.