Kad kredit Bank semakin menghampiri had limit yang ditetapkan. Malangya, kalau tidak pakai kad kredit untuk berbelanja setiap bulan, macam mana mahu terus hidup. Duit gaji memang habis bila menjelang tengah bulan. Maka, kita pun cari lah kad kredit baru Bank lain pula
2. Hutang kad kredit bayar yang minima sahaja
Bulan-bulan guna kad kredit, tapi bayar hanya cukup-cukup yang bank minta. Maka setiap hari hutang semakin bertambah. Bayar pula tidak ikut masa, kena pula penalti. Aduh. Hutang makin bertambah!
3. Usik akaun simpanan
Tabungan memang ada. Mula-mula memang rajin menyimpan. Masa bujang dulu, komitmen masih kecil. Tetapi bila sudah beli kereta, beli kamera dengan kad kredit, beli laptop dengan kad kredit, belanja kahwin secara berhutang, maka simpan bila ada lebih sahaja. Bila perbelanjaan lebih banyak dari pendapatan, maka mula lah usik akaun simpanan untuk bayar itu dan ini.
4. Bergilir bayar bil bulanan
Bil api, air, ASTRO, telefon, internet. Eh, tapi bila lambat bayar sebulan dua bukan kena potong terus pun. Jadi, boleh la bayar bil bergilir-gilir.
5. Tidak boleh tidur malam
Hutang jika tidak diuruskan dengan betul, boleh menyebabkan hidup kita tidak tenang. Barangkali kerja pun mula tidak fokus dan tidur pun jadi tidak lena kerana banyak memikirkan hutang dan masalah kewangan lainnya. Ini memang bahaya!
6. Bergaduh dengan pasangan
Kes-kes penceraian ada banyak berkaitan dengan isu harta. Na'uzubillah. Jadi, bila ada masalah kewangan, hutang, maka kita perlu bawa berbincang dengan suami-isteri untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Ia mesti dibincangkan secara terbuka dan bukan simpan sahaja sampailah hanya menunggu masa untuk meletup.
7. Mencari "easy" loan
Kad kredit sudah jadi koleksi dalam dompet. Pembiayaan peribadi juga sudah buat overlapping. Tetapi masalah wang masih tidak selesai. Kita pun mencari-cari peluang skim pinjaman dan pembiayaan mudah yang tidak perlu tengok CCRIS, CTOS, blacklist dan sebagainya. Silap haribulan, meminjam dengan along. (Kami cuma mau tolong maa!)
Uruskanlah kewangan secara bijak dan jangan berbelanja melebihi kemampuan.Tanamkan sikap suka melabur atau menyimpan.