Kerjaya Perunding Unit Amanah Public Mutual

  • Home
    • Percuma Panduan Asas Unit Amanah
    • Percuma Panduan Asas Perunding Unit Amanah
    • Agent Public Mutual Negeri Johor
    • Skim Persaraan Swasta (Private Retirement Scheme)
    • Ceramah Kewangan dan Pelaburan Bijak
    • Agent Unit Trust Consultant
    • About My Self
  • Pendidikan
    • Kebaikan Unit Amanah
    • Perancangan Kewangan
    • Pelaburan Berasaskan Syariah
    • Cara Buat Pelaburan Unit Amanah
    • Fee Unit Amanah
    • Kenali Skim Cepat Kaya
    • Apa Dia Inflasi
    • Sejarah Unit Amanah
    • Panduan Simpan Untuk Persaraan
  • Blog
    • Economy News and Tips
    • Cute Exam Unit Amanah
    • Skim Pelaburan Kwsp
    • Ingin Buat Pelaburan Unit Amanah
    • Kerjaya Perunding Unit Amanah
  • Testimoni Agen
    • Testimonial JPlatinum Agency Unit Amanah
    • Sembang-Sembang Agen Unit Amanah
    • Nak Jadi Agen Unit Amanah
  • My Agency
    • Agency Members Access
    • Agency Members
    • Group Aktiviti
    • Agency Supports
    • Business Opportunity Preview - Unit Amanah
    • Join To Be Agent
  • Ask Me
    • Soal Jawab Pelaburan Unit Amanah
    • Soal Jawab Kerjaya Perunding Unit Amanah
  • Jom Jadi Agent Public Mutual
  • Contact Us
    • Hubungi Agen Unit Trust Kami
 
Cara Nak Jadi Agen Unit Amanah Public Mutual

Tabung Haji Dijangka Agih Dividen Tinggi Tahun Ini

7/12/2012

0 Comments

 
Picture
Berita baik kepada para pelabur tabung haji.  Simpanan tabung haji sudah disahkan oleh para panel syariah di mana mereka melabur ke dalam semua insterumen yg patuh syariah sahaja.  Oleh yg demikian membuat pelaburan ke dalam tabung haji adalah baik dan halal.  Namun adalah baik jika kita memecahkan sebahagian pelaburan ke dalam unit amanah kerana ia juga satu pelaburan yg baik untuk jangka panjang.  Dont put your ege
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (LTH) dijangka dapat mengagihkan dividen tinggi tahun ini kepada pendepositnya susulan pulangan menarik daripada pelaburan ditambah dengan hasil daripada penjualan pegangannya dalam syarikat perladangan di Indonesia.

Ini mencerminkan usaha keras lembaga tabung haji untuk memastikan modal pendeposit terus dilindungi dan dalam masa yang sama memberikan pulangan berbaloi dengan mereka, kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ismee Ismail.

Beliau memberitahu Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini bahawa LTH akan memastikan semua pelaburan yang dibuat akan membuahkan hasil bagi mereka dan pendeposit mereka pada penghujung harinya kelak.

"Tahun lepas, kami mengisytiharkan dividen enam peratus (dan) harapnya, tahun ini, kami boleh mengekalkan prestasi kami. Kami berusaha keras untuk memastikan wang pendeposit Tabung Haji, modal, dilindungi dan memastikan mereka mendapat pulangan yang baik bagi simpanan mereka," katanya.

Pada Februari 2012, terdapat seramai 6.9 juta pendeposit dalam Tabung Haji.

Pulangan tinggi daripada pelaburan telah membolehkan LTH terus menyerap sebahagian daripada kos mengerjakan haji bagi rakyat Malaysia yang meningkat setiap tahun disebabkan faktor-faktor luar yang berbeza, kata Ismee.

"Alhamdulillah, dalam beberapa tahun lepas, kami telah memberikan subsidi kepada jemaah haji. Kami berupaya berbuat demikian disebabkan pulangan baik daripada pelaburan kami," katanya.

Tahun ini, katanya, subsidi bagi setiap jemaah telah meningkat kepada RM5,175 daripada RM4,320 tahun lepas disebabkan peningkatan kos penginapan, pengangkutan dan kos berkaitan, namun pendeposit LTH yang mengerjakan haji kali pertama dikenakan bayaran RM9,980 bagi pakej haji, kadar yang tidak pernah berubah sejak 2009.

"Dalam kursus haji, kami sentiasa memaklumkan kepada mereka: sekiranya anda pertama kami pergi dan mengikut muassasah (perkhidmatan pakej biasa), ini adalah jumlah yang tabung haji bantu. Sedikit sebanyak pulangan tinggi daripada pelaburan kami memberi faedah langsung kepada jemaah haji," katanya.

Beliau berkata pelaburan hartanah Tabung Haji di Mekah juga merupakan strategi jangka panjang untuk mengurangkan kos mengerjakan haji kerana ia boleh menggunakan pulangan daripada pelaburan sebagai subsidi silang.

Mengenai cadangan penjualan 95 peratus pegangan Tabung Haji dalam On PT TH Indo Plantations yang bernilai RM3 bilion, Ismee berkata pembeli telah diberikan tempoh sehingga akhir Ogos untuk menyiapkan proses kajian terperinci.
Percuma Panduan Agen Unit Amanah Public Mutual
0 Comments



Leave a Reply.

    Subscribe
    Picture
    Picture


    Disclaimer

    PicturePERCUMA Panduan Agen Unit Amanah

    Picture
    PERCUMA Panduan Unit Amanah
    Semua kandungan dalam blog ini tiada kaitan dengan mana-mana pihak.  Ia hanya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan penulis sahaja.  Kandungan tidak dijamin tepat.  Pihak penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang dibuat oleh pembaca lain.



    Other Links

    Testimoni Agen
    Ingin Jadi Agen Unit Amanah
    Ingin Melabur U. Amanah!
    Percuma Panduan Pelaburan

    Percuma Panduan Perunding Unit Amanah
    My Agency Profile
    Blog Sembang2 Agen Unit Amanah
    Tanya Saya
    Hubungi Saya !



    RSS Feed

Follow uson Google+
Home
Ingin Jadi Perunding Unit Amanah

Ingin Melabur Unit Amanah
Percuma Panduan Perunding Unit Amanah
Percuma Panduan Pelaburan Unit Amanah
Testimoni Agen Unit Amanah
Skim Persaraan Swasta (PRS)

Terus Hubungi JPlatinum Agency (Top 10 Agency in Pub.Mutual)

Tanya Soalan terus Agen Public Mutual;



Picture

Nak Jadi Agen Pub Mutual? Click Ebook..

Picture
Minat Nak Melabur Atau Jadi Agen ? Isi Form..
Hantar

PUBLIC MUTUAL SHAH ALAM

Disclaimer/Penafian

Laman web/blog ini bukan laman web/blog mengenai pelaburan tetapi lebih kepada perkongsian kerjaya sebagai Perunding Unit Amanah. Semua maklumat, data, image dan informasi dalam web ini tiada hubung kait dengan mana-mana organisasi. Ia merupakan satu perkongsian Penulis kepada pembaca tentang pengalaman dan pengetahuan Penulis sepanjang berkecimpung dalam kerjaya Perunding Unit Amanah. Pembaca dinasihatkan mendapatkan maklumat berkaitan dengan pihak-pihak tertenu sebelum membuat sebarang keputusan. Penulis juga tidak bertanggungjawab atau menjamin di atas kemungkinan ketidaktepatan info yang ditulis.  Apa yang tercatat bukan satu nasihat untuk anda melabur, membeli atau menjual saham amanah anda.  Disclaimer ini terpakai untuk semua kanduangan dalam semua page dan blog web site ini.  Laman web ini (unitamanah.net) tidak bertanggungjawap di atas semua komen dan pandangan pembaca.