– Benjamin Graham, pengarang “The Intelligent Investor”
Jika kita teliti dengan baik, pergerakkan pasaran saham sangat sukar diramal sekalipun anda sudah berpuluh tahun dalam dunia pelabruan. Pergerakkan pasaran saham sangat unik dan pelik, ia boleh turun dan naik pada bila-bila masa. Terlalu banyak faktor yang mempengaruhi pergerakkan saham seperti berita politik, berita ekonomi, spekulasi dan macam-macam. Pergerakkan pasaran saham juga akan mempengaruhi harga dana unit amanah kerana dana-dana unit amanah dilaburkan dipasaran saham seperti mana yang termaktub dalam propektus dana. Oleh yang demikian jika kita terlalu merujuk kepada pergerakkan saham untuk melabur, kita akan seolah-olah terpedaya denganya. Strategik yang paling selamat ialah melakukan DCA (dollar cost averaging) untuk jangka panjang.