Jika anda masih muda sekarang, sudah tentu anda tidak mahu melakukan apa yang dilakukan oleh wanita di atas. tapi apa yang anda boleh lakukan jika pada usia 77 tahun anda sudah kehabisan wang untuk dibelanjakan setiap bulan. Cuba kita lihat disekeliling kita berapa ramai warga emas yang berusia melebihi 60 tahun masih terpaksa bekerja keras untuk meneruskan kehidupan mereka. Pada usia emas kita sewajarnya menikmati kehidupan yang lebih aman dan mudah. Walaupun mungkin kita masih hendak bekerja, tapi sudah pasti ia satu pekerjaan yang mudah dan tidak meletihkan.
Semua dari masalah di atas boleh dielakkan jika kita merancang kewangan untuk persaraan. Ramai yang berjaya merancang kewangan untuk masa yang pendek tapi ramai yang gagal melaksanakan pelan per