Ramai pelabur yang mengigit jari bila berlaku krisis ekonomi. Mereka panik dan dengan tergesa-gesa menjual pegangan pelaburan mereka sama ada di unit amanah atau di stock exchange. Hakikatnya, merujuk kepada falsafah pelaburan dari Warrent Buffet, setiap krisis ekonomi adalah satu peluang baru dalam pelaburan kerana ia adalah peluang keemasan membeli dengan harga diskaun berbanding pada pasaran normal. melihat peluang dan potensi masa depan adalah lebih baik daripada anda panik dan menjual pegangan yang telah anda miliki.