Kenapa kita selalu ditipu dengan mudah dan yang peliknya kita tidak pernah serik belajar dari penipuan yang berlaku sebelum ini. Seolah-olah kita terus menjadi buta dan tuli selepas dijanjikan pulangan yang tinggi. Walhal semuanya adalah satu penipuan. Pulangan hang diberikan hanya sementara waktu sahaja, akhirnya modal kita lesap.Jauhilah dari pelaburan yang karut marut, melaburlah ditempat yang selamat, tiada jalan singkat untuk menjadi kaya.Melabur dengan sabar,ilmu dan konsisten adalah kunci kejayaan