Tolonglah jangan percaya dengan pelaburan ikan2 ni. Semuanya tektik nak kebas duit anda sahaja. Apabila anda mula-mula melabur, anda akan mendapat pulangan seperti yang dijanjikan, lepas tur anda rasa yakin dan terdorong menjadi tamak dan terus melabur dalam jumlah yang sangat besar. anda akan pukul kompang dan kempen pada saudara mara. Selepas itu baru anda tahu yang sebenarnya busines tersebut hanya wayang kulit sahaja tapi ia sudah terlambat sbb semua simpanan dan harta anda sudah hangus. Jangan persalahkan orang yang projek pelaburan kelentong tersebut sebaliknya tanya pada diri kita kenapa kita join tanpa kajian yang mendalam.