
Sepanjang pengalaman saya menjadi perunding unit amanah, ada sebilangan pelaburan yang memang cepat panik dan kelam kabut apabila nilai pelaburan mereka merosot. memang tidak dinafikan mereka berhak merasa panik kerana ia adalah pelaburuan mereka, tapi dalam sejarah krisis ekonomi yang berlaku, kebanyakan kejatuhan pasaram saham hanya bersifat sementara sahaja iaitu antara 2-3 tahun. Walaupun ia memang tiada jaminan dalam pelaburan unit amnah, tapi jika pelabur tidak menjual unit mereka semasa pasaram merundum mereka masih boleh menikmati dividdend (dana tertentu) dan masih boleh mendapat tambahan unit setiap tahun. Unit-unit mereka tidak akan berkurangan selagi mana mereka tidak menjual unit mereka.