Kerjaya perunding unit amanah memang membolehkan anda menjadi bos kepada diri anda sendiri. Ini kerana pendapatan kerjaya unit amanah bergatung kepada komisyen hasil jualan individu dan kumpulan (personal and group sale). Tidak timbul soal anda patut atau mesti datang ikut masa pejabat atau mesti patut pada arahan pihak atasan anda. Sekalipun anda ada upline seperti sistem MLM, tapi mereka berperana sebagai mentor atau pembimbing anda sahaja dan bukan bos anda yang mutlak. Kerjasama dan sokongan antara upline dan downline boleh membantu kejayaan kedua-dua pihak dengan lebih baik.