Kerjaya Perunding Unit Amanah Public Mutual

  • Home
    • Percuma Panduan Asas Unit Amanah
    • Percuma Panduan Asas Perunding Unit Amanah
    • Agent Public Mutual Negeri Johor
    • Skim Persaraan Swasta (Private Retirement Scheme)
    • Ceramah Kewangan dan Pelaburan Bijak
    • Agent Unit Trust Consultant
    • About My Self
  • Pendidikan
    • Kebaikan Unit Amanah
    • Perancangan Kewangan
    • Pelaburan Berasaskan Syariah
    • Cara Buat Pelaburan Unit Amanah
    • Fee Unit Amanah
    • Kenali Skim Cepat Kaya
    • Apa Dia Inflasi
    • Sejarah Unit Amanah
    • Panduan Simpan Untuk Persaraan
  • Blog
    • Economy News and Tips
    • Cute Exam Unit Amanah
    • Skim Pelaburan Kwsp
    • Ingin Buat Pelaburan Unit Amanah
    • Kerjaya Perunding Unit Amanah
  • Testimoni Agen
    • Testimonial JPlatinum Agency Unit Amanah
    • Sembang-Sembang Agen Unit Amanah
    • Nak Jadi Agen Unit Amanah
  • My Agency
    • Agency Members Access
    • Agency Members
    • Group Aktiviti
    • Agency Supports
    • Business Opportunity Preview - Unit Amanah
    • Join To Be Agent
  • Ask Me
    • Soal Jawab Pelaburan Unit Amanah
    • Soal Jawab Kerjaya Perunding Unit Amanah
  • Jom Jadi Agent Public Mutual
  • Contact Us
    • Hubungi Agen Unit Trust Kami
 
Cara Nak Jadi Agen Unit Amanah Public Mutual

Hukum Forex Dalam Pandangan Islam

2/7/2015

0 Comments

 
artikal ini di ambil dari sumber lain, kosmo pada 6 feb 2015

DUA minggu lalu, penulis membincangkan isu perniagaan dan pelaburan yang melibatkan mata wang asing atau lebih dikenali sebagai pelaburan foreign exchange (forex).

Pada siri pertama itu, perbin­cangan lebih terarah kepada sejarah dan penerimaan perniagaan serta pelaburan forex di sisi syariah.

Berhubung dengan isu taqabudh dan tukaran mata wang secara lani, dua kelonggaran telah diberikan berdasarkan keperluan zaman teknologi yang sentiasa berkembang.

Pertama, jika sesuatu serahan itu tidak dapat dilakukan secara fizikal (taqabudh haqiqi) ketika majlis transaksi, maka taqabudh hukmi adalah dibenarkan di mana serahan berlaku dalam pelbagai bentuk yang lain se­perti transaksi melalui internet yang hanya melibatkan resit ataupun sijil elektronik bagi membuktikan transaksi yang sah berlaku.

Kedua, disebabkan secara ‘uruf­nya’ forex melibatkan transaksi antara negara berlainan iaitu pada kebiasaannya tempoh masa bekerja adalah berbeza dan menyebabkan berlakunya kerumitan untuk me­lakukan tukaran secara lani dalam waktu yang sama, maka penangguhan serahan tidak melebihi tiga hari (T+2) adalah dibenarkan.

Perkara lain yang diambil kira dalam keharusan penangguhan se­perti itu antaranya sifat urus niaga forex yang melibatkan transaksi wang elektronik dan clearing house.

Selain daripada syarat-syarat di atas, perlu juga ditegaskan di sini bahawa bagi memastikan suatu operasi tukaran mata wang asing itu adalah sah di sisi syarak, tiada unsur riba, perjudian, gharar (ketidakpastian) yang berlebihan, monopoli dan al-salaf wa al-bay’ (hutang yang diberi dengan syarat mesti melakukan transaksi jual beli) dalam transaksi forex tersebut.

Seiring perkembangan teknologi, urus niaga mata wang asing turut berubah wajah daripada tukaran fizikal di kaunter kepada tukaran secara digital melalui platform elektronik.

Walaupun secara positifnya kemajuan seperti itu merupakan suatu kemudahan, terdapat banyak elemen lain yang telah dimasukkan ke dalam platform forex iaitu elemen-elemen itu sedikit sebanyak menjejaskan hukum keharusan forex.

Antara isu yang tidak dapat dipisahkan adalah isu leverage. Leverage adalah suatu bentuk gandaan ke atas modal milik individu yang berdagang di platform forex.

Ia diberikan oleh broker bagi membolehkan pemain forex melakukan transaksi melebihi modalnya yang sebenar. Sebagai contoh, leverage 10:1 membolehkan seorang yang bermodal AS$100 (RM361) melakukan transaksi yang mencapai AS$1,000 (RM3, 615).

Secara takyif fiqhiy, leverage boleh dinilai sebagai satu bentuk pinjaman daripada broker. Namun, pinjaman ini diletakkan syarat bahawa pemain forex perlu melakukan urus niaga jual beli forex dengan broker tersebut.

Dengan kata lain, pinjaman atau leverage itu tidak akan diberi sekiranya tiada sebarang posisi dibuka dengan broker. Ini jelas termasuk dalam kategori al-salaf wa al-bay’ yang dilarang dalam Islam di mana akad pinjaman telah disyaratkan dengan akad jual beli lain dengan pihak yang sama iaitu pemberi pinjaman.

Juga dalam konteks ini, isu taqabudh turut dipersoalkan di mana tidak berlaku penyerahan mata wang yang jelas dalam transaksi forex me­lalui platform elektronik, sama ada secara haqiqi ataupun hukmi.

Secara operasinya, broker tidak akan mengkreditkan mata wang yang dibeli ke dalam akaun pembeli secara serta merta sebaliknya keuntungan hanya dapat diperoleh sekiranya pembeli menjual iaitu melakukan ‘close’ pada posisi tersebut.

Tiada penyerahan mata wang yang dibeli bermaksud tiada taqabudh dan ia secara langsung tidak memenuhi syarat jual beli dalam bay’ al-sarf.

Secara konklusinya, perlu ditegaskan sekali lagi bahawa tukaran mata wang pada asasnya adalah harus selagi ia memenuhi syarat jual beli bagi bay’ al-sarf.

Jika sesuatu platform perniagaan forex secara talian mematuhi parameter syariah dalam operasi­nya se­perti tanpa unsur spekulasi melam­pau, tiada al-salaf wa al-bay’, tiada rollover interest, maka hukum­nya adalah kekal sebagai harus.

Namun, jika unsur-unsur itu hadir dalam urus niaga tersebut dan ­menyebabkannya menjadi suatu perniagaan yang penuh dengan ­syubhah, maka hukum harus tadi tidak lagi terpakai.
Percuma Panduan Agen Unit Amanah Public Mutual
0 Comments



Leave a Reply.

    Subscribe
    Picture
    Picture


    Disclaimer

    PicturePERCUMA Panduan Agen Unit Amanah

    Picture
    PERCUMA Panduan Unit Amanah
    Semua kandungan dalam blog ini tiada kaitan dengan mana-mana pihak.  Ia hanya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan penulis sahaja.  Kandungan tidak dijamin tepat.  Pihak penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang dibuat oleh pembaca lain.



    Other Links

    Testimoni Agen
    Ingin Jadi Agen Unit Amanah
    Ingin Melabur U. Amanah!
    Percuma Panduan Pelaburan

    Percuma Panduan Perunding Unit Amanah
    My Agency Profile
    Blog Sembang2 Agen Unit Amanah
    Tanya Saya
    Hubungi Saya !



    RSS Feed

Follow uson Google+
Home
Ingin Jadi Perunding Unit Amanah

Ingin Melabur Unit Amanah
Percuma Panduan Perunding Unit Amanah
Percuma Panduan Pelaburan Unit Amanah
Testimoni Agen Unit Amanah
Skim Persaraan Swasta (PRS)

Terus Hubungi JPlatinum Agency (Top 10 Agency in Pub.Mutual)

Tanya Soalan terus Agen Public Mutual;



Picture

Nak Jadi Agen Pub Mutual? Click Ebook..

Picture
Minat Nak Melabur Atau Jadi Agen ? Isi Form..
Hantar

PUBLIC MUTUAL SHAH ALAM

Disclaimer/Penafian

Laman web/blog ini bukan laman web/blog mengenai pelaburan tetapi lebih kepada perkongsian kerjaya sebagai Perunding Unit Amanah. Semua maklumat, data, image dan informasi dalam web ini tiada hubung kait dengan mana-mana organisasi. Ia merupakan satu perkongsian Penulis kepada pembaca tentang pengalaman dan pengetahuan Penulis sepanjang berkecimpung dalam kerjaya Perunding Unit Amanah. Pembaca dinasihatkan mendapatkan maklumat berkaitan dengan pihak-pihak tertenu sebelum membuat sebarang keputusan. Penulis juga tidak bertanggungjawab atau menjamin di atas kemungkinan ketidaktepatan info yang ditulis.  Apa yang tercatat bukan satu nasihat untuk anda melabur, membeli atau menjual saham amanah anda.  Disclaimer ini terpakai untuk semua kanduangan dalam semua page dan blog web site ini.  Laman web ini (unitamanah.net) tidak bertanggungjawap di atas semua komen dan pandangan pembaca.