Purata setiap orang akan bersara sebanyak RM145k sahaja daripada akaun kwsp mereka. Berapa lamakah anda fikir ia mampu bertahan. Dalam banyak kajian ia hanya bertaham sekitar 3-4 tahun sahaja. Malahan terdapat kes di mana ia habis dalam masa tidak sampai 2 tahun. Ramai juga yang rambang mata dan terpedaya dengan segala macam bentul skim pelaburan 'cepat kaya' dan akhirnya mereka merana kerana terpedaya. Ramai yang menggunakan duit tersebut setiap bulan tanpa merancang bagaimana ia boleh dilaburkan semula. Setiap bulan duit tersebut dikikis, akhirnya duit setinggi gunung pun akan habis. Jadilah seorang pesara yang bijak menguruskan kewangan dan jangan mudah terpedaya dengan mana