Dollar cost averaging atau purata kos perunit merupakan salah satu teknik pelaburan yang baik untuk satu jangka masa sederhana ke panjang. Ini kerana DCA boleh mengurangkan kos seunit saham yang anda miliki. Dengan lain perkataan DCA bermaksud anda tetap terus membeli unit pada semua keadaan harga NAV seunit saham terutama semasa ia berada pada keadaan menurun.