Kebelakang ini dana patuh syariah menjadi pilihan ramai pelabur berbanding dengan dana tidak patuh syariah. Selain daripada soal halal, dana patuh syariah juga memberikan pulangan yang stabil untuk jangka masa panjang. Dana patuh syariah ialah dana yang dilaburkan semua sumbernya kepada aset yang patuh syariah sahaja. Ia dipantau oleh panel syariah bebas. Jika anda menjadikan halal sebagai keutamaan, maka sudah tentu pelaburan dana patuh syariah mesti menjadi pilihan anda. Memang banyak dana patuh syariah dipasaran yang setanding dengan kehebatan dana konvensional (dana tidak patuh syariah)