
Daripada kajian yang dibuat di Malaysia, malahan di negara-negara lain di dunia, kebanyakkan dari orang ramai masih belum bersedia untuk bersara dari sudut kewangan. Terutama jika kita adalah seornag pekerja berbanding dengan ahli perniagaan yang berjaya. Satu kajian oleh syarikat insuran terkenal menyatakan bahawa setiap rakyat Malaysia sepatutnya bersara dengan minima RM1 juta !. Ini kerana kadar inflasi pada setiap 10 tahun akan datang akan sentiasa meningkat. Pada tahun 1985 secawan kopi boleh dibeli dengan hanya 30 sen sahaja, tapi sekarang secawan kopi boleh mencecah RM1.50. Ini adalah kenaikkan sebanyak 500%.