Kerjaya Perunding Unit Amanah Public Mutual

  • Home
    • Percuma Panduan Asas Unit Amanah
    • Percuma Panduan Asas Perunding Unit Amanah
    • Agent Public Mutual Negeri Johor
    • Skim Persaraan Swasta (Private Retirement Scheme)
    • Ceramah Kewangan dan Pelaburan Bijak
    • Agent Unit Trust Consultant
    • About My Self
  • Pendidikan
    • Kebaikan Unit Amanah
    • Perancangan Kewangan
    • Pelaburan Berasaskan Syariah
    • Cara Buat Pelaburan Unit Amanah
    • Fee Unit Amanah
    • Kenali Skim Cepat Kaya
    • Apa Dia Inflasi
    • Sejarah Unit Amanah
    • Panduan Simpan Untuk Persaraan
  • Blog
    • Economy News and Tips
    • Cute Exam Unit Amanah
    • Skim Pelaburan Kwsp
    • Ingin Buat Pelaburan Unit Amanah
    • Kerjaya Perunding Unit Amanah
  • Testimoni Agen
    • Testimonial JPlatinum Agency Unit Amanah
    • Sembang-Sembang Agen Unit Amanah
    • Nak Jadi Agen Unit Amanah
  • My Agency
    • Agency Members Access
    • Agency Members
    • Group Aktiviti
    • Agency Supports
    • Business Opportunity Preview - Unit Amanah
    • Join To Be Agent
  • Ask Me
    • Soal Jawab Pelaburan Unit Amanah
    • Soal Jawab Kerjaya Perunding Unit Amanah
  • Jom Jadi Agent Public Mutual
  • Contact Us
    • Hubungi Agen Unit Trust Kami
 
Cara Nak Jadi Agen Unit Amanah Public Mutual

Budaya Simpan dan Labur Kunci Kejayaan 

6/11/2012

1 Comment

 
Picture
SEPANJANG bekerja lebih 35 tahun dalam bidang perhotelan gajinya tidak pernah mencecah lima angka, namun disebabkan pandai berjimat dia mampu hidup bahagia pada usia emas.

Bagi Walid Abdullah, 59, perancangan rapi ketika usia muda dan kudrat masih kuat, selain perbelanjaan berhemah selepas memperoleh wang KWSP, menjadi azimatnya dalam mengawal kewangan keluarga.

Bertemu jodoh dengan Zabedah Daud, 57, juga bertugas di hotel sama, Walid berkata, mereka tidak pernah boros berbelanja sebaik menerima gaji bulanan masing-masing.  Menurutnya, kebanyakan gaji mereka berdua digabung dan digunakan untuk membayar ansuran bulanan rumah dan kereta selain makan minum sekeluarga.

“Dengan gaji terakhir tidak sampai RM2,000, bayangkan selain membayar ansuran rumah dan kereta, saya menyimpan untuk dimasukkan ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB).

“Kami bernasib baik kerana hotel menyediakan makanan untuk sarapan pekerja. 
Pada kami, ia satu kebaikan kerana perbelanjaan bagi membeli makanan mampu dikurangkan. Kalau kita bijak, bajet untuk membeli makanan dapat ditabungkan.

“Daripada situ, kami membesarkan lima anak dan kini tiga menuntut di kolej manakala dua lagi masih bersekolah masing-masing tahap menengah dan rendah,” katanya.

Berkat berjimat cermat, caruman KWSP mereka berdua mencecah RM200,000. Wang itu digunakan untuk melangsaikan hutang rumah, manakala selebihnya dibuat belanja dan disimpan sedikit untuk saat kecemasan.

Malah, keluarga itu mampu menetap di rumah teres dua tingkat di kawasan taman perumahan Ampang Indah, Ampang, Selangor. Baik Walid mahupun isterinya tidak tahu duduk diam.

Waktu bersara digunakan sebaik-baiknya dengan bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan syarikat swasta, manakala isteri mengambil upah menjaga empat kanak-kanak sebagai cara mencari wang lebih untuk masa depan.

“Tugas isteri menjaga kanak-kanak sekurang-kurangnya dapat membantu pasangan yang ingin bekerja dengan selesa kerana sepanjang bekerja, isteri menjaga anak mereka bagaikan anak sendiri.

“Pendapatan yang ada dapat disimpan untuk pendidikan anak kerana yuran kolej dan urusan sekolah semakin meningkat dan memerlukan wang yang bukan sedikit. 
Kami ingin pastikan segala keperluan anak dapat disempurnakan walaupun tidak semewah orang lain,” katanya.

Rutin hariannya sebagai pengawal keselamatan di kawasan taman perumahan di Taman Rasmi Jaya tidak membebankan dan berjaya diikutinya tanpa masalah.

Walaupun hidup serba sederhana, pasangan ini mampu membesarkan lima anak, Mohd Lokman, 23, Mohd Hafizan, 22, Mohd Ridzuan, 20, Mohd Radzman, 17, dan Siti Wahidah, 14, dengan sempurna dan ternyata anak mereka tidak pernah menghadapi masalah daripada segi perbelanjaan.

Walid tidak menafikan ada rakan boros berbelanja sebaik menerima habuan caruman KWSP dan ada yang hidup merempat. Semua itu dijadikan iktibar supaya dirinya tidak mengalami nasib sama.

“Yang penting, jangan cepat tersilau dengan wang yang kita rasa jumlahnya sangat besar dan dihabiskan dalam masa singkat dengan boros berbelanja.

“Kebijaksanaan lelaki sebagai ketua keluarga, kita harus bijak merencanakan apa yang hendak dilakukan terhadap wang disimpan bertahun-tahun sepanjang bekerja.

“Kita tidak tahu perjalanan dan masa depan kita. Bersederhana dalam berbelanja antara amalan yang saya sekeluarga amalkan hingga kami mampu hidup bahagia,” katanya.
Percuma Panduan Agen Unit Amanah Public Mutual
1 Comment
hafiz zakki
7/31/2015 03:38:40 am

saya syorkan simpanan wang dan aset anda di dalam CASH TRUST. Banyak faedah yang anda akan perolehi. salah satunya...mengelakkan wang anda di bekukan selepas kematian, muflis, kemalangan dan lain lain yang melibat kan nyawa dan aset anda. Ramai yang tidak tahu tentang perkara - perakara ini. Semestinya CASH TRUST akan membantu persediaan anda!!! Untuk maklumat lanjut Sila layari laman web www.cashtrust.my

Reply



Leave a Reply.

    Subscribe
    Picture
    Picture


    Disclaimer

    PicturePERCUMA Panduan Agen Unit Amanah

    Picture
    PERCUMA Panduan Unit Amanah
    Semua kandungan dalam blog ini tiada kaitan dengan mana-mana pihak.  Ia hanya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan penulis sahaja.  Kandungan tidak dijamin tepat.  Pihak penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang dibuat oleh pembaca lain.



    Other Links

    Testimoni Agen
    Ingin Jadi Agen Unit Amanah
    Ingin Melabur U. Amanah!
    Percuma Panduan Pelaburan

    Percuma Panduan Perunding Unit Amanah
    My Agency Profile
    Blog Sembang2 Agen Unit Amanah
    Tanya Saya
    Hubungi Saya !



    RSS Feed

Follow uson Google+
Home
Ingin Jadi Perunding Unit Amanah

Ingin Melabur Unit Amanah
Percuma Panduan Perunding Unit Amanah
Percuma Panduan Pelaburan Unit Amanah
Testimoni Agen Unit Amanah
Skim Persaraan Swasta (PRS)

Terus Hubungi JPlatinum Agency (Top 10 Agency in Pub.Mutual)

Tanya Soalan terus Agen Public Mutual;



Picture

Nak Jadi Agen Pub Mutual? Click Ebook..

Picture
Minat Nak Melabur Atau Jadi Agen ? Isi Form..
Hantar

PUBLIC MUTUAL SHAH ALAM

Disclaimer/Penafian

Laman web/blog ini bukan laman web/blog mengenai pelaburan tetapi lebih kepada perkongsian kerjaya sebagai Perunding Unit Amanah. Semua maklumat, data, image dan informasi dalam web ini tiada hubung kait dengan mana-mana organisasi. Ia merupakan satu perkongsian Penulis kepada pembaca tentang pengalaman dan pengetahuan Penulis sepanjang berkecimpung dalam kerjaya Perunding Unit Amanah. Pembaca dinasihatkan mendapatkan maklumat berkaitan dengan pihak-pihak tertenu sebelum membuat sebarang keputusan. Penulis juga tidak bertanggungjawab atau menjamin di atas kemungkinan ketidaktepatan info yang ditulis.  Apa yang tercatat bukan satu nasihat untuk anda melabur, membeli atau menjual saham amanah anda.  Disclaimer ini terpakai untuk semua kanduangan dalam semua page dan blog web site ini.  Laman web ini (unitamanah.net) tidak bertanggungjawap di atas semua komen dan pandangan pembaca.