Kerjaya sebagai perunding unit amanah sangat-sangat memberikan peluang kewangan yang sangat besar selagi mana anda komited dan melakukanya dengan bersungguh-sungguh. Rekod income sebulan yang pernah dicapai oleh seorang agen unit amanah Public Mutual ialah lebih dari RM541,000. Memang semua peluang perniagaan dalam bidang markerting sangat bersangkut paut kepada usaha dan kecekalan anda. Tapi selepas 5 tahun saya menceburi dalam kerjaya unit amanah, ia memang terbukti boleh memberikan sumber kewangan yang baik sekaligus anda boleh menjadi bos kepada diri anda sendiri. Anda boleh lakukannya secara full time atau part time. Sekalipun anda lakukan secara part time, ia masih boleh memberikan sumber kewangan yang baik jika anda betul-betul merancang melakukannya.